CaHaي TiNت

" Ku meNuju ke semua tempat berbekalkan sebataNg tiNت
bertujuaN uNtuk meNuLis iLmu yaNg baru ku perOLehi.

BukaN haNya uNtuk meNgingatkaNku tatkaLa ku aLpa,
tetapi juga sebagai iLmu kepada yaNg baru membacaNya.
ItuLah NamaNya Cahaي Tinت"

Persediaan rohani adalah salah satu aspek yang perlu dititikberatkan oleh para mahasiswa di samping fizikal yang kuat & utuh bagi menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi. Sesungguhnya roh seseorang itu perlu diberi makan & minum seperti jasad yang kita lihat dari segi luaran.

Makan & minum di sini bukan berbentuk madiah tetapi bersifat ma'nawiyah. Taqarrub kepada Allah Pencipta sekalian alam adalah jawapan yang paling tepat untuk ditafsirkan bagi persoalan ini. Tetapi jika dilihat trend mahasiswa, seolah-olah waktu mendekati Allah hanya apabila peperiksaan tiba.

Kenapa Ini Berlaku??Adakah Kita Hidup Di Dunia Ini Hanya Taqlid Semata-mata??Di Mana Keikhlasan Kita Kepada Pencipta Yang Maha Agung Lagi Suci??

Hanya Iman yang jitu & kukuh mampu menjelaskan kecelaruan yang berlaku di hati hamba-hambaNya.

Muhasabah menjadi stesen pertama yang perlu dilakukan oleh hambaNya yang alpa dengan segala nikmat dunia. Bukan bermaksud tinggalkan dunia secara total dan hanya ingatkan akhirat semata-mata, tetapi perlu diimbangkan secara adil dan saksama supaya Syurga yang abadi dapat dinikmati. Dosa-dosa lalu perlu dianalisis semula supaya pahala dapat menutupi kejahilan yang telah berlalu pergi.

Taubat merupakan stesen kedua bagi memastikan ilmu yang diperolehi diberkati dan dirahmati. Selepas taubat telah dilakukan, hanya memohon kepada Allah supaya taubat telah diterimaNya. Yakinlah bahawa Allah Maha Pengampun & Maha Menerima Taubat. Kembali kepada dosa yang lalu mengundang kemurkaan Allah. Kukuhkanlah benteng yang telah dibina dari tumbang dan jatuh ke bumi agar diri dihiasi dengan Nur Illahi.

Renungkanlah...Fikirkanlah...
Read more